SHAH ALAM, 15 Okt: PAS Kawasan Shah Alam (PKSA) mengadakan sesi ziarah mahabbah ke beberapa agensi kerajaan persekutuan dan negeri serta swasta hari ini.
Ziarah tersebut diketuai oleh YDP PKSA, Ustaz Mohamed Sukri Omar serta beberapa AJK kawasan. Turut hadir Ustaz Mohammad Amir Yahaya, Timbalan YDP.
Menurut Muhammad Hamizan Nadri, Ketua Lajnah Kebajikan PKSA program tersebut diadakan untuk mengeratkan hubungan profesional antara PAS dengan agensi yang terlibat secara langsung memberi khidmat kepada masyarakat.
Ziarah tersebut juga berbetulan dengan suasana semasa yang masih dalam ‘mood’ barhari raya.
Antara agensi yang diziarahi adalah Suruhanjaya Pilihanraya Negeri Selangor, Jabatan Mufti Negeri Selangor, Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam, Balai Polis Seksyen 15, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan Kumpulan Media Karangkraf termasuklah pejabat akhbar Sinar Harian.
Hasmizan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan kerjasama dalam ziarah tersebut. Program tersebut akan diteruskan secara bulanan dengan melibatkan agensi kerajaan yang lain.
Program yang bermula pada jam 9.00 pagi tersebut berakhir pada jam 1.00 petang. (M-Fast)