PAS Kawasan Shah Alam (PKSA) hari ini melakukan ziarah perpaduan ke atas Puan Parvanthi Govindasamy, Ketua Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Shah Alam di Hospital KPJ Subang Jaya.
Lawatan itu diketuai oleh Ketua Lajnah Perpaduan Nasional PKSA, Hj. Mohd Said Awang. Turut hadir Hjh. Wan Sawiah Wan Nik, Ketua Dewan Muslimat PKSA dan Hjh. Rahilah Arshad, Timb. Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional.
Puan Parvanthi dimasukkan ke hospital tersebut kerana sesak nafas serta menghidap penyakit ‘thyroids’. Untuk rekod, beliau ialah Ahli Jawatankuasa yang baharu dilantik dengan memegang jawatan sebagai Ketua DHPP PKSA.
Sebelum pulang, PKSA turut menyampaikan sedikit buat tangan serta mendoakan Puan Parvanthi sembuh dengan segera. – — shahalamku.com