• Tue. May 30th, 2023

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

PAS tak bubar DUN Kedah, Kelantan dan Terengganu

Oct 13, 2022
Spread the love

PAS hari ini mengekalkan pendirian mereka untuk tidak membubarkan sebarang dewan undangan negeri (DUN) yang ditadbirnya.

Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat jawatankuasa kerja PAS Pusat yang diadakan sebentar tadi.

“(PAS) mengekalkan pendirian untuk tidak membubarkan DUN Kelantan, Terengganu, dan Kedah,” katanya.