• Sun. Feb 25th, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Pasca PRK: Kalah dalam menang

Sep 10, 2023
Spread the love

Keputusan PRK Pulai semalam menunjukkan dengan jelas sokongan yang semakin meningkat kepada Perikatan Nasional di Johor walaupun gabungan PH+BN menang.

Terdapat peningkatan hampir 9,000 undi untuk calon Perikatan Nasional, berbanding pilihan raya umum tahun lalu.

Sungguh luar biasa Perikatan Nasional mendapat tambahan hampir 9,000 undi walaupun peratusan keluar mengundi lebih rendah berbanding PRU15 bulan November lalu. Undi tambahan ini mestilah daripada pengundi Melayu di Pulai.

Kemungkinan besar pengundi Melayu yang mengundi Barisan Nasional pada pilihan raya umum sebelum ini, kini mengundi PN.

Peratusan keluar mengundi yang lebih rendah sepatutnya menyebabkan kedua-dua calon mendapat jumlah undi yang lebih rendah, tetapi hanya PH+BN menyaksikan bahagian undi yang lebih kecil kali ini.

Secara logiknya, pemimpin PH dan BN perlu bimbang tentang jumlah itu kerana ini menunjukkan penyokong UMNO sedang menuju ke arah Perikatan Nasional, atau penyokong PH membantah kerjasama dengan UMNO. Ini merupakan suatu penghijrahan besar dari UMNO ke Perikatan Nasional.

Semalam, calon Perikatan Nasional Zulkifli Jaafar daripada BERSATU memperoleh 29,643 undi pada PRK Pulai manakala pada November, calon Perikatan Nasional, Loh Kah Yong daripada Gerakan, hanya memperoleh 20,677 undi.

Calon PH+BN yang menang, Suhaizan Kaiat dari PAN, memperoleh 48,283 undi. Sebaliknya, pada November lalu, Allahyarham Salahuddin Ayub memenangi 64,900 undi.

Peratusan keluar mengundi di Pulai semalam ialah 47%, berbanding 71% pada November lalu.

Keputusan ini menunjukkan perubahan yang pasti memihak kepada Perikatan Nasional walaupun PH+BN mendapat kemenangan.

Peningkatan undi untuk calon Perikatan Nasional berlaku dalam tempoh kurang setahun.

Dalam tempoh empat tahun, jika kerajaan madanon PH+BN tidak bertindak balas dan peka dengan isyarat dan meseja yang dihantar rakyat, maka Johor mungkin akan melihat gelombang Perikatan Nasional yang lebih kuat.

Hanisya@Omakkau