• Fri. Dec 6th, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Pasca PRN Melaka: Ahli PAS jangan kalut

Nov 28, 2021 ,
Spread the love

Ahli PAS diseru bersikap positif dan tidak kalut melihat keputusan Pilihanraya Negeri (PRN) Melaka baru-baru ini. Walapun PAS yang menggunakan logo Perikatan Nasional tidak menang banyak, namun hakikatnya undi kepada calon-calon PAS meningkat hampir 25 peratus daripada pilihanraya sebelum ini.

Hal ini ditegaskan oleh Ustaz Dato’ Mohd Amar Nik Abdullah, Naib Presiden PAS merangkap Timbalan Menteri Besar Kelantan dalam kuliah Medan Ilmu, Kota Bharu Jumaat lepas. Menurut beliau, ahli seharusnya menganggap kegagalan mendapatkan kerusi dalam PRN tersebut seperti orang berniaga yang ‘balik modal’ kerana PAS sendiri tidak memenangi sebarang kerusi dalam pilihanraya lalu di Melaka.

Sebaliknya, PAS tidak rugi kerana mendapat peningkatan undi sehingga 25 peratus. Malah, PAS hanya kalah sebanyak 79 undi di sebuah DUN dalam PRN tersebut. Hal ini suatu perkara yang tidak pernah difikirkan oleh PAS sendiri.

Untuk rekod, dalam PRN baru-baru ini calon PN-PAS di Serkam, Ustaz Ahmad Bilal Rahudin menjadi calon keseluruhan DUN yang mendapat undi majoriti terkecil. Ini suatu perkara yang dibanggakan kerana sebelum ini PAS selalu kehilangan deposit dalam pilihanraya di Melaka.

Menurut Mohd Amar, Pakatan Harapan adalah parti yang rugi dan kalah teruk kerana masuk bertanding sebagai pemegang di 15 DUN, tetapi hanya mampu mempertahankan lima kerusi sahaja. Justeru, ahli PAS perlu bertenang dengan keputusan tersebut serta melihatnya dengan mata yang jelas dari aspek lain.

“(Ahli PAS) perlu melihat aspek-aspek positif yang lebih banyak daripada aspek yang positif. Apa yang diputuskan oleh kepimpinan bertepatan dan memberi hal positif kepada pejuangan Islam suatu masa nanti.” ujar beliau. [Media Fastaqim]