• Wed. Sep 11th, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Pegawai Khas Zahid Ramesh Rao meninggal dunia

Jan 14, 2023
Spread the love

Pegawai khas hal ehwal kaum India di Pejabat Timbalan Perdana Menteri, Ramesh Rao dilaporkan meninggal dunia, awal pagi tadi.

Perkara itu disahkan oleh salah seorang pegawai khas Timbalan Perdana Menteri

Dipercayai pemimpin itu mengalami serangan jantung, bagaimanapun, tidak dapat dipastikan penyakit yang dihidapi pemimpin itu.

Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) itu sebelum ini dilantik Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bagi diberi tanggungjawab menjaga kebajikan masyarakat kaum India di seluruh negara tanpa mengira fahaman politik masing-masing.

Sebelum menyertai Barisan Nasional (BN), mendiang pernah bergiat dalam politik bersama DAP.

Mendiang amat dikenali kerana aktif memperjuang kebajikan masyarakat di negara ini terutamanya kaum India