• Tue. May 30th, 2023

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Pekan Tanjong Karang tenggelam gara-gara ban pecah

Oct 11, 2022
Spread the love

Tanjong Karang: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor mengesahkan kejadian ban pecah di dua lokasi sekitar Tanjong Karang, hari ini.

Pengarah JBPM Selangor, Norazam Khamis berkata, dua lokasi yang terjejas itu adalah Pekan Tanjong Karang dan Jalan Masjid Baroh.

Katanya, kejadian kira-kira jam 7 pagi menyebabkan berlaku limpahan air naik ke jalan raya dan kawasan berhampiran.

“Pada masa sama, paras air di sekitar lokasi berada pada kedalaman antara 0.3 meter (m) hingga 0.9 m,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Bagaimanapun katanya, tiada pemindahan mangsa dilakukan setakat ini.

“Pihak bomba akan terus melakukan pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan tiada perkara tidak diingini berlaku,” katanya.

Terdahulu, tular di laman Facebook gambar dan video memaparkan situasi limpahan air di dua lokasi sekitar Tanjong Karang.

Kredit Foto: Warga Tanjong Karang & Bomba Tanjong karang
Artikel: Harian Metro