• Sun. Feb 25th, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Pekerja maut ditimbus simen mampat

Aug 16, 2023
Spread the love

Seorang pekerja asing maut ditimbus serbuk simen mampat ketika menjalankan kerja di sebuah kilang penghasilan simen di mukim Hulu Kinta, Perak.

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Perak, berkata mangsa berusia 26 tahun ditimbus apabila sedang memecahkan simen keras pada “manhole”, kira-kira 3.15 petang, Isnin lalu.

Siasatan mendapati mangsa merupakan pekerja sebuah syarikat kontraktor dilantik bagi kerja pembersihan silo kilang berkenaan.

Mangsa bersama dua lagi rakan sekerja sedang memecahkan simen keras pada “manhole” menggunakan tukul dan rod besi, sebelum simen berada dalam silo kemudiannya tersembur keluar melalui “manhole” terbabit.

Keadaan itu menyebabkan mangsa terjatuh dan ditimbus oleh simen mampat itu. Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Sungai Siput untuk rawatan, namun disahkan sudah meninggal dunia oleh pegawai perubatan,” kata laporan itu.

Susulan kejadian, JKKP mengeluarkan notis larangan kepada majikan bagi menghentikan kerja pembersihan silo sehingga tindakan penambahbaikan diambil pihak majikan.