• Fri. Feb 23rd, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Pelajar jahanamkan harta benda di hari terakhir persekolahan

Feb 18, 2023
Spread the love

Tular di media sosial video sekumpulan pelajar lelaki di sebuah sekolah di Taman Puteri Gunung, Pulau Pinang yang merosakkan harta benda sekolah di hari terakhir persekolahan.

Berdasarkan video berdurasi satu minit itu, kumpulan pelajar terbabit dengan tanpa rasa bersalah menerajang pintu tandas sehingga pecah, kerusi plastik dipatahkan dan bilah kipas dibengkokkan dengan sengaja.

Kesemua perbuatan vandalisme yang dilakukan kumpulan pelajar terbabit dirakam oleh pelajar bernama Kishen sebelum dimuat naik ke media sosial.

Perbuatan tidak bertanggungjawab itu mengundang kemarahan netizen yang mendesak pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan terhadap semua pelajar yang terlibat.

“Terima kasih kepada yang merakam. Mohon Polis Diraja Malaysia (PDRM) kutip seorang-seorang dan hantar ke lokap supaya dia tahu erti gangster sebenar. Aku pula geram dan rasa nak pergi lepuk seorang-seorang,” kata Nur Syamimi.

“Selalunya mereka akan terlepas sebab sekolah enggan panjangkan cerita atas sebab kesian dan gelap masa depan mereka nanti kononnya. Disebabkan tiada hukuman, pelajar spesis ini tidak akan berubah. Bukan semua orang boleh belajar daripada kesilapan tanpa hukuman,” kata Mohammad Suhaimi.

“Tangkap je semua, merosakkan harta benda sekolah. Kesian pelajar junior nak belajar dengan fasiliti yang telah dirosakkan oleh pelajar senior. Jenis macam ni kalau dibiarkan, nanti dah besar sikit dia buat perangai lepak tepi pantai awam malam-malam, pasang lagu kuat-kuat, mabuk, buang botol arak merata-rata, buat kacau/kerosakkan pastu driving membahayakan orang lain,” kata Yeop Owsem.

TENKIU