• Fri. Feb 23rd, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Pelakon Ridzuan Hashim meninggal dunia

May 4, 2023
Spread the love

PELAKON terkenal tanah air, Ridzuan Hashim menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada pukul 1.57 tengah hari tadi.

Berita pemergian pelakon yang berusia 62 tahun itu dikongsikan pelakon Didie Alias yang juga bekas isterinya di media sosialnya sebentar tadi.

“Assalamualaikum…saya ingin beritahu kepada semua saudara mara, sahabat handai yang mengenali bekas suami saya Muhammad Ridzuan Hashim. Beliau telah kembali ke Rahmatullah tadi.

“Kepada siapa yang ingin melawat jenazah beliau masih berada di HKL dan selepas ini saya akan ‘update’ dimana beliau akan dikebumikan,” katanya.

Didie turut meminta semua yang mengenali Allahyarham supaya mengampunkan dosanya jika ada kesalahan serta memaklumkan ahli keluarga termasuk dirinya jika arwah ada berhutang dengan sesiapa.

Allahyarham dan Didie mendirikan rumahtangga pada 1991 dan bercerai pada 2002 serta hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan lima anak.