• Sun. Feb 9th, 2025

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Pelantikan Penasihat Ekonomi PMX langgar Prinsip – UMMAH

Jan 30, 2023
Spread the love

PELANTIKKAN PENASIHAT EKONOMI PMX LANGGAR PRINSIP

  1. Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) terkejut dan merasa janggal apabila mendapat tahu daripada media bahawa anak Perdana Menteri 10 (PMX) sendiri telah dilantik sebagai penasihat ekonomi dan kewangan di pejabat Menteri Kewangan dan Perdana Menteri pada 3 Januari 2023.
  2. Perjawatan ini difahamkan telah dicipta (create) bagi membantu menasihati PM secara pro bono (tanpa gaji).
  3. Agak pelik kerana jika PM memerlukan nasihat kepakaran, sewajarnya beliau melantik seorang dalam kalangan ahli ekonomi yang pakar dalam hal ehwal ekonomi di negara ini.
  4. Pelantikan ini dilihat sangat janggal dan bertentang dengan prinsip dan janji PM kepada rakyat semasa PRU 15.
  5. Prinsip pelantikan berdasarkan merit-kepakaran dan tanpa nepotisme dalam kerajaan dan agensi yang dilaungkan sudah dilanggar dan diketepikan.
  6. Dalam keadaan negara kita yang sedang bergelut berhadapan dengan kesulitan dan kesuraman ekonomi dunia secara keseluruhannya, adalah penting bagi PM melantik seorang yang benar-benar pakar bagi memberi nasihat dan hala tuju perancangan pembangunan ekonomi negara yang lebih teliti dan berdaya tahan bagi menyelamatkan negara dan rakyat secara keseluruhan. Ini memerlukan kepakaran dan pengalaman yang banyak serta meyakinkan semua pihak.
  7. Agak malang bagi rakyat Malaysia apabila PMX gagal melaksanakan dan mempertahankan prinsip-prinsip asas utama kerajaan yang dijanjikan semasa PRU seperti menolak rasuah, nepotisme, pelantikan berdasarkan merit-kepakaran, menurunkan harga minyak dan barang asas makanan rakyat.

MOHD ZAI MUSTAFA
Pengerusi
Gerakan Pembela Ummah (UMMAH)

30 Januari 2023