• Sat. Dec 7th, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Pelantikan TPM didakwa salah guna kuasa, catat indeks persepsi rasuah

Feb 28, 2023
Spread the love

Dalam sesi pembentangan bajet 2023, YAB Perdana Menteri telah menyebut tentang amalan rasuah dan penyelewengan yang berlaku dalam pentadbiran Negara sehinggakan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2022 jatuh merudum jika dibandingkan dengan tahun 1998.

Oleh yang demikian, YB Pasir Mas telah menyentuh tentang pelantikan individu yang sedang didakwa atas kes salah guna kuasa sebagai YAB Timbalan Perdana Menteri. Menurut YB Pasir Mas, perkara ini sama sekali tidak akan mencantikkan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) selepas ini, bahkan akan memberi kesan negatif terhadap isu transparensi dalam Negara kita pada hari ini.

Sebelum menyentuh perihal ini, YB Pasir Mas telah mempersoalkan apabila 1MDB tidak disebut dalam isi pembentangan bajet sedangkan 1MDB merupakan isu kewangan yang paling besar berlaku di Malaysia. Ironinya ketika pihak kerajaan semasa menjadi pembangkang, 1MDB sering dijadikan topik serangan utama terhadap kerajaan BN pada ketika itu. Namun kini, kes 1MDB tampaknya tidak kedengaran dan didiamnkan begitu sahaja oleh kerajaan campuran.

Maka, dengan lantangnya YB Pasir Mas menempelak tindakan ini dengan pertanyaan, “Apabila menyebut tentang isu kewangan, kenapa sekarang cuba nak sembunyikan 1MDB? Adakah nak menjaga hati rakan di sebelah?”

Selain itu, YB Pasir Mas turut mempersoalkan apakah adanya satu perjanjian sulit atas pelantikan YAB Timbalan Perdana Menteri yang sedang menjalani perbicaraan mahkmah atas tuduhan kes salah guna kuasa.

Walau apa sahaja alasan yang diberikan, PAS tidak akan berkompromi dengan kes-kes rasuah dan salah guna kuasa.

Berkawan dan memberi sokongan tiada masalah, tetapi sehingga memberikan posisi dan kuasa dalam kabinet kerajaan adalah tidak sepatutnya berlaku. YB Pasir Mas meminta perkara ini kembali difikirkan dan direnungi oleh pihak kerajaan campuran yang diterajui oleh YAB Tambun.

TENKIU