• Wed. Jun 7th, 2023

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Pembantu Ahli Parlimen diarah keluar, pakai skirt pendek terbelah

Feb 20, 2023
Spread the love

KUALA LUMPUR: Seorang wanita dipercayai pembantu kepada Ahli Parlimen dari Sarawak ditegur kerana berpakaian tidak mematuhi kod etika ditetapkan ketika berada dalam kawasan Parlimen.

Difahamkan wanita berkenaan kali pertama hadir ke Parlimen.

Wanita itu ditegur kerana memakai skirt pendek terbelah sehingga menampakkan bahagian paha kirinya.

Beliau ditegur seorang lelaki yang berjawatan dipercayai Ketua Keselamatan Parlimen sambil meminta wanita itu keluar dari bangunan Parlimen kerana mengenakan pakaian tidak sepatutnya.

Wanita itu diberi pilihan jika mahu kekal berada dalam bangunan Parlimen dengan menukar skirt dipakainya.

Jelas pegawai Parlimen berkenaan, skirt wanita berkenaan bertentangan dengan protokol ditetapkan Parlimen.

Panduan sama turut menetapkan sut perlu dipakai dengan kemeja lengan panjang Yang dibutangkan manakala pilihan warna sut skirt atau seluar panjang digalakkan bsrwarna hitam atau gelap.

Selain itu, garis panduan berkenaan juga membenarkan pemakaian pakaian kebangsaan atau tradisional seperti baju kurung atau kebaya, sut punjabi, cheongsam dan sari.