• Sun. Jun 4th, 2023

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Pembentukan BN-PH di Perak tak rujuk Dewan Tertinggi BN

Nov 21, 2022
Spread the love

Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) tidak pernah berbincang tentang kerjasama BN dan Pakatan Harapan (PH) yang bergabung membentuk Kerajaan Negeri Perak. 

Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, ini kerana mesyuarat Dewan Tertinggi BN belum diadakan setakat ini, selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Saya sebagai Presiden MCA dan Naib Pengerusi BN tidak pernah dirujuk atau dimaklumkan langsung. Entah dari mana keputusan itu dicapai! Dewan Tertinggi BN diketepikan,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Terdahulu, BN dan PH melalui kenyataan bersama bersetuju mengadakan kerjasama bagi membentuk kerajaan negeri di Perak.

Pembentukan kerjasama menerusi gabungan dua parti itu memperoleh sokongan 33 ADUN, sekali gus melepasi majoriti mudah 30 kerusi untuk menubuhkan kerajaan negeri.

Susulan itu, Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Kota Tampan, Datuk Seri Saarani Mohamad, dijadual mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak petang ini