• Thu. Feb 6th, 2025

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Pemilihan PKR: Selebriti Hans, Altimet kalah di Ampang

May 29, 2022
Spread the love

SHAH ALAM, 28 MEI 2022 – Dua selebriti yang menjadi tumpuan dalam pemilihan PKR menyaksikan Gerald Hans Isaac dan Syed Ahmad Abdul Rahman Alhadad atau Altimet masing-masing tewas dalam perebutan jawatan ketua cabang Ampang.

Menurut keputusan yang disiarkan laman sesawang pemilihan PKR, keputusan cabang itu berpihak kepada Daing Muhammad Reduan Bachok yang meraih undian tertinggi berjumlah 942 undi.

Hans Isaac yang juga seorang pelakon dan penerbit berada di kedudukan kedua dengan undian sebanyak 609.

Sementara itu, Altimet yang juga komposer dan penyanyi rap berada di tempat ketiga memperolehi 589 undian.

Bagi pemilihan PKR cabang Ampang itu, ia menyaksikan persaingan tujuh calon bagi jawatan ketua cabang.

Empat calon lain yang turut tewas ialah Abdul Halim Mohamed Yusof (272 undi); Sam Hoo Wai (138 undi); Abdullah Md Zain (110 undi) dan Abdul Latiff Shaari hanya mendapat 17 undi.