• Tue. Sep 26th, 2023

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Pemimpin PN-BN berunding, hotel St. Regis jadi tumpuan media

Nov 23, 2022
Spread the love

Hotel St. Regis berdekatan Stesen Sentral Kuala Lumpur (KL) di sini menjadi tumpuan petugas media ekoran satu pertemuan yang melibatkan pemimpin tertinggi Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) dikatakan diadakan di situ, susulan kemelut pembentukan kerajaan.

Pertemuan itu dipercayai berkaitan rundingan kedua-dua gabungan untuk membentuk kerajaan Persekutuan.

Antara pemimpin yang dipercayai sudah hadir ialah Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan; Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden Gerakan, Datuk Dominic Lau.