PEMUDA PAS SELANGOR GESA SIASATAN SERIUS TERHADAP SKANDAL SKIM INSURAN HAYAT SELANGOR (INSAN).
- Pemuda PAS Selangor mengambil maklum berkenaan berita yang sedang hangat berkenaan Skim Insuran Am Selangor yang dikhabarkan telah didaftarkan keatas rakyat Selangor tanpa pengetahuan dan izin penerima skim.
- Hasil carian dan dapatan yang dijalankan kumpulan individu pempengaruh telah mendapati rakyat Selangor khususnya yang mengundi di negeri Selangor telah didaftarkan bawah skim ini sejak 2022 lagi serta telah berstatus aktif dan dijadualkan luput pada November tahun ini.
- Kami mendapati terdapat beberapa persoalan besar yang perlu dijawab oleh pentadbiran negeri Selangor berkenaan skim ini.
i) Status syarikat WavPay Fintech Holding Sdn Bhd yang menguruskan projek ini yang dimiliki oleh syarikat swasta CT Frank Technology dengan pegangan saham majoriti sebanyak 51%.
ii) Kedudukan mantan Exco negeri , Teng Chang Khim sebagai pengarah bagi WavPay yang jelas merupakan satu pertembungan kepentingan peribadi dalam urusan ini.
iii) Kenyataan tidak konsisten kerajaan Selangor berhubung skim ini. Contohnya kenyataan oleh Tang Cheng Khim pada 2022 yang menggambarkan seolah-olah skim ini perlu dimohon, namun hal ini bertentangan dengan kenyataan Amirudin Shari pada hari ini yang menyatakan skim ini baru pada peringkat ‘pra Pendaftaran’ yang aktif apabila diisi sendiri oleh rakyat.
- Pemuda PAS Selangor menempelak jawapan yang diberikan MB Selangor Dato Seri Amirudin Shari yang menafikan kebocoran data serta dakwaan rakyat didaftarkan tanpa izin dengan menyatakan pendaftaran automatik ini dibuat dengan status ‘pra pendaftaran’ kerana status skim ini telah pun aktif pada sekitar akhir tahun 2022 dan dijadualkan tamat 2023. Sebagai satu produk kewangan, skim insuran ini tidak boleh didaftarkan secara paksa tanpa izin dan pengetahuan penerima manfaat. Ini merupakan satu kesalahan jelas dibawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.
- Pemuda PAS Selangor menuntut dan menggesa penjelasan tuntas daripada MB Selangor Dato Seri Amirudin Shari serta barisan kepimpinan kerajaan negeri dalam masa sama kami menuntut agar isu ini disiasat oleh pihak berkuasa secara mendalam. Kami turut menasihatkan kepada rakyat yang telah mendapati nama anda tersenarai dalam skim insuran tanpa izin agar membuat laporan polis sebagai langkah melindungi keselamatan data peribadi anda.
Mohamed Sukri Omar
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Selangor