• Fri. Jun 2nd, 2023

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Pemuda PAS Selangor hulurkan sumbangan kepada PASTI Nurul Hidayah

May 1, 2023
Spread the love

SHAH ALAM, 1 MEI 2023 – Pemuda PAS Negeri Selangor telah mengadakan lawatan ke PASTI Nurul hidayah sebagai menzahirkan takziah dan simpat juga menyampaikan sumbangan yang dikumpul dalam tempoh beberapa hari sebaik mengetahui mengenai tragedi malang tersebut.

Pada 26 April lalu bersamaan Syawal ke-5, sebuah tadika Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) musnah dalam kebakaran di kampung Jalan Kebun, Seksyen 30.

Kebakaran melibatkan sebuah tadika dua tingkat yang kemudiannya merebak ke kedai runcit serta rumah bersebelahan premis dengan anggaran kemusnahan sebanyak 90.99 peratus.

Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dalam kebakaran yang turut melibatkan bangunan kedai dan rumah berselahan tadika itu.

Lawatan diketuai Ketua Pemuda PAS Selangor merangkap Yang Dipertua PAS Kawasan Shah Alam, Ustaz Muhamad Sukri Omar ini turut disertai oleh wakil-wakil dari PASTI Malaysia, PASTI Negeri Selangor, Lajnah Kebajikan Pemuda Selangor serta Ahli-Ahli Jawatankuasa.

Sehubungan itu, Lajnah Kebajikan Pemuda PAS Selangor telah melancarkan kutipan derma kilat bagi disalurkan kepada pihak PASTI Nurul Hidayah.

Dalam lawatan tersebut, Ustaz Muhamad Sukri Omar menasihati agar bersabar dengan musibah dan sumbangan yang diberikan dapat mengurangkan sedikit beban yang ditanggung oleh PASTI tersebut.