• Sun. Oct 1st, 2023

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Pemuda PAS Selangor terima kunjungan Diplomatik Kedutaan Jepun

Mar 28, 2023 ,
Spread the love

SHAH ALAM, 28 MAC 2023 – Dewan Pemuda PAS Selangor telah menerima kunjungan hormat dari Pegawai Diplomatik Kedutaan Jepun di Pejabat An-Munir Centre, Bandar Rimbayu pagi ini.

Dalam pertemuan itu, Ustaz Sukri Omar juga merangkap Yang Dipertua PAS Kawasan Shah Alam turut sama bertukar pandangan tentang beberapa isu bersama Pegawai Diplomatik Miss Masubuchi Kana.

Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU) menyaksikan tsunami luar biasa apabila parti PAS di bawah gabungan Perikatan Nasional (PN) menjadi parti yang paling banyak menang kerusi parlimen iaitu 49 kerusi telah menarik minat Pegawai Diplomatik untuk melontarkan soalan di pertemuan itu.

Ustaz Sukri Omar menjelaskan bahawa keputusan yang diperoleh PAS pada Pilihan Raya Umum-15 (PRU15) adalah kehendak anak muda yang mahukan sebuah kerajaan yang bersih dan stabil seperti yang dilaungkan PN Best bertemakan ‘Prihatin, Bersih dan Stabil.

“Keputusan ini adalah tsunami orang muda yang terkesan dengan salah guna kuasa yang diamalkan kepimpinan oleh UMNO dan BN di samping beberapa perubahan yang perlu diambil atau dibuat tindakan parti-parti yang bertanding dalam pilihan raya.” Ujarnya lagi.

Antara faktor kemenangan yang dikongsikan adalah pendekatan secara lebih santai melalui media sosial yang dibawakan PAS terhadap golongan muda membolehkan parti itu lebih popular dan sinonim dalam kalangan pengundi baharu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Agenda besar yang dibawakan PAS adalah kefahaman terhadap perpaduan ummah di mana PAS berusaha untuk menyatukan orang Islam, orang Melayu sama ada Perikatan Nasional (PN), BN, dan dalam masa yang sama penyertaan beberapa kaum lain yang tidak ekstrem.

Ustaz Sukri Omar berkata, kemenangan PAS di semua Parlimen juga akan memberikan satu motivasi kepada PAS dan parti yang berada di dalam PN dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri.

Turut hadir dalam pertemuan, UstazbAubidullah Fahim selaku Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor dan Setiausaha Kerja Pemuda PAS Selangor Saudara Ansarullah.

Diakhir pertemuan Ustaz Sukri Omar menyampaikan cenderahati sebagai tanda terima kasih kepada Pegawai Diplomatik Kedutaan Jepun tersebut.

Mashubuchi turut mengucapkan selamat maju jaya berharap nama PAS dapat dibawa ke tahap lebih baik.

Hanisya@Omakkau – Media Fastaqim