Orang Muda, jangan disekat minat mereka 😡
Kita semua pernah melalui zaman remaja. Zaman dimana kita baru sahaja ingin mengenal dunia. Pelbagai perkara mahu dibuat, mahu diterokai.
Ada yang zaman mudanya dia minat motor, ada yang masa mudanya dia minat main game dan ada juga yang pada zaman mudanya, suka ambil gambar.
Maka biarkan sahaja mereka menerokai minat mereka. Namun, itu bukanlah bermakna kita memberi kebebasan sepenuhnya pada mereka. Peraturan dan garis panduan perlu ditekankan selari dengan minat mereka agar minat mereka itu tidak akan menyebabkan mereka rugi dihari mendatang.
————–🎥————–
Alhamdulillah, pada bulan syawal yang lalu, Dewan Pemuda PAS Shah Alam telah mengadakan Pertandingan Fotograti OOTD RAYA @ShahAlam.
Alhamdulillah, program mendapat sambutan yang baik dari kalangan penduduk shah alam dan juga luar shah alam.
Semoga dengan penganjuran pertandingan sebegini, ianya dapat menonjolkan bakat dan kreativiti yang ada pada masyarakat kita.