SHAH ALAM, 13 FEB 2022 – Dewan Pemuda PAS Shah Alam mengambil peluang mendekati masyarakat cina dengan mengedarkan baulu Ikan Koi sempena Perayaan Tahun Baru Cina semalam di Pasar Malam terpanjang di Malaysia Setia Alam, Selangor.
Inisiatif ini adalah antara usaha menunaikan tanggungjawab sesama kaum terutama di Selangor yang masyarakatnya terdiri daripada pelbagai bangsa, agama dan fahaman politik.
Pengunjung dan peniaga sekitar kawasan berkenaan juga terharu dengan kehadiran Ketua Pemuda PAS Shah Alam, Ustaz Aubidullah Fahim Ibrahim bersama dan Pengerusi NGO Anggerik Care Prof. Madya Dr. Najahuddin untuk edaran baulu istimewa itu.