• Wed. Sep 11th, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Pemuda PAS Shah Alam gesa polis siasat fitnah kaitkan PAS dengan DAESH

Mar 8, 2023
Spread the love

SHAH ALAM, 8 MAC 2023 – Pemuda PAS Shah Alam mengambil maklum berhubung satu ciapan di akaun twitter bernama Pak Arman Amin bertarikh 5 Mac 2023 atas tuduhan yang mengaitkan PAS dengan Islamic State (DAESH)

Ketua Pemuda PAS Shah Alam, Ustaz Aubidullah Fahim melahirkan kekesalan terhadap kenyataan yang dikeluarkan dan menganggap ia bersifat tuduhan dan fitnah yang mampu menimbulkan keresahan dan menjejaskan keharmonian antara kaum di Malaysia yang aman dan harmoni.

Pemuda PAS Shah Alam ingin menegaskan bahawa PAS merupakan parti politik yang sentiasa menggunakan pendekatan politik menurut undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan. PAS juga sebuah parti politik yang tidak pernah disabitkan dengan keganasan dan Ekstrimisme yang mencetuskan kekacauan di Malaysia.

Justeru, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Seksyen 6, Shah Alam bagi menggesa pihak Polis Diraja Malaysia untuk menjalankan siasatan segera terhadap pemilik akaun tersebut bagi memastikan kebenaran dan keadilan terus terpelihara menurut tafsiran perlembagaan.