SHAH ALAM, 11 JANUARI 2022 – Dewan Pemuda PAS Shah Alam telah menyalurkan sumbangan wang tunai kepada guru-guru Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) dan Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI).
Sumbangan telah disampaikan oleh Ustaz Aubidullah Fahim Ibrahim kepada mangsa-mangsa banjir tengahari tadi.
“Alhamdulillah, selesai misi bantuan kepada mangsa banjir, terima kasih para penyumbang. Sebanyak RM30,000 telah disumbangkan kepada mangsa-mangsa banjir dalam bentuk kewangan.” Kata Ketua Pemuda PAS Shah Alam.
“Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban guru-guru PASTI dan SRITI yang telah banyak berjasa dalam memartabatkan nilai-nilai Islam menerusi pendidikan,” tambahnya lagi.