• Mon. Mar 17th, 2025

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Pemuda PAS Shah Alam terima anugerah NUMED DPPK terbaik Selangor

Mar 19, 2023
Spread the love

SHAH ALAM, 19 MAC 2023 – Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam telah diumumkan sebagai penerima Anugerah NUMED (Jabatan Media Baru) Terbaik dalam penglibatan mereka menyebar matlumat dan mempertahankan PAS pada Pilihanraya ke 15 tahun lalu.

Wakil Dewan Pemuda PAS Shah Alam telah menerima anugerah tersebut dalam Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Selangor yang berlangsung pagi tadi.

Dalam majlis tersebut itu telah dihadiri oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat YB Ustaz Fadhli Shaari juga merupakan Ahli Parlimen Pasir Mas.

Semoga anugerah yang diperolehi ini dapat memberi pemangkin semangat kepada semua untuk sentiasa berdaya saing dalam memberi penerangan yang efektif untuk membina generasi ummah mengikut acuan Islam.

Dewan Pemuda PAS Shah Alam turut menerima dua lagi pengiktirafan iaitu Anugerah Khas SMITI Selangor dan AnugerahTaktikal Media Harapan.