• Sun. Jun 4th, 2023

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Pemuda PAS Shah Alam teruskan amalan agih bubur lambuk

Apr 3, 2023
Spread the love

SHAH ALAM, 3 NOV 2023 – Program yang berlangsung semalam menggabungkan seluruh Pemuda PAS Shah Alam bergotong-royong bagi menyiapkan bekalan bubur lambuk di SATC Seksyen U12.

Menurut Ketua Pemudanya, Ustaz Aubidullah Fahim Ibrahim menyifatkan program ini bukan sahaja dapat mengimarahkan bulan Ramadhan, malah menjadi satu wadah dalam membantu golongan yang kurang berkemampuan.

Edaran bubur lambuk percuma di sekitar Shah Alam yang disediakan khas oleh Jabatan Amal Malaysia dan dibawa oleh rider-rider Kelab Permotoran Alternative Riding Club (ARC).

Tepat jam 5.30 petang, proses pengedaran bubur lambuk ini telah dimulakan dengan mendapat sambutan yang meriah oleh para pengunjung bazar Ramadhan sekitar Shah Alam.

“Sesungguhnya memberi makan orang yang berbuka besar ganjarannya seperti hadith Rasulullah saw. “Barangsiapa memberi makan untuk berbuka kepada orang yang berpuasa maka baginya pahala yang sama seperti pahala orang yang berpuasa itu tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun” (Hadith riwayat Tirmidzi).”

Tahniah anak muda!!

Hanisya@OmakKau – Media Fastaqim