• Mon. Sep 9th, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Pemuda PN kecam kebiadapan & aksi jijik The 1975

Jul 22, 2023
Spread the love

KENYATAAN MEDIA
PEMUDA PN SELANGOR KECAM KEBIADAPAN & AKSI JIJIK THE 1975

  1. Pemuda Perikatan Nasional Selangor mengecam keras aksi jijik yang ditampilkan ahli band the 1975 sewaktu persembahan kumpulan tersebut di sebuah konsert di Sepang.
  2. Aksi jijik yang secara terang dan jelas mempromosikan budaya LGBTQ merupakan satu penghinaan besar kepada undang-undang negara serta budaya dan adab ketimuran yang menjadi teras negara bangsa Malaysia. Tindakan figura kumpulan ini yang secara terang-terangan mempertikai undang-undang negara Malaysia yang berdaulat tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.
  3. Pemuda PN Selangor mempersoalkan tapisan konsert yang dibuat di negara kita. Bagaimanakah agensi penapisan berkaitan seperti PUSPAL bawah kendalian Menteri Komunikasi Digital yang menjadi agensi utama soal isu ini boleh terlepas pandang kumpulan bermasalah seperti The 1975 yang terkenal dengan sejarah aksi jijik sama di Dubai.
  4. Kami menggesa KKD agar memperhalusi dan mengkaji semula keberkesanan dan fungsi PUSPAL yang dilihat tidak berkesan dalam menapis persembahan artis luar negara yang dilihat amat tidak sesuai dengan negara Malaysia yang masih terpelihara nilai sopan santun dan moral.
  5. Kami menegaskan bahawa Islam tidak melarang sebarang hiburan. Namun setiap perbuatan kita termasuklah tatacara berhibur hendaklah berpandukan nilai moral dan ajaran Islam yang mampu menjamin kesejahteraan dan kemakmuran masyarakat dan negara.
  6. Pemuda PN Selangor menggesa kumpulan The 1975 memohon maaf atas keceluparan mereka mempertikai undang-undang negara Malaysia serta atas aksi jijik mereka di khayalak anak muda Malaysia.

MOHAMED SUKRI OMAR
Ketua Pemuda Perikatan Nasional Selangor