• Mon. Sep 9th, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Pemuda PN lapor polis terhadap Guan Eng

Jul 10, 2023
Spread the love

SHAH ALAM, 10 JULAI 2023 – YB Wan Ahmad Fayhsal selaku Timbalan Ketua Pemuda Perikatan Nasional dan Ustaz Sukri Omar, Ketua Pemuda Perikatan Nasional Negeri Selangor hadir ke IPD Dang Wangi membuat laporan polis mewakili berhubung kenyataan menghasut dan memfitnah yang dibuat oleh YB Lim Guan Eng baru-baru ini.

Baru-baru ini Lim Guan Eng telah mengeluarkan ucapan yang sangat biadap, menakutkan pengundi bangsa Cina oleh Lim Guan Eng dengan menyatakan PN akan memusnahkan tokong jika berjaya memerintah Pulau Pinang.

https://www.chinapress.com.my/20230707/形容绿潮是汉奸、反骨仔-林冠英吁勿引青/

Kenyataan itu adalah kemuncak kepada provokasi kaum yang bakal memusnahkan kedamaian dan perpaduan rakyat Malaysia hanya semata-mata takut melihat penolakan rakyat kepada Kerajaan Perpaduan yang penuh penipuan, manipulasi dan kegagalan yang berturut-turut selama tujuh bulan pemerintahan yang gagal ini.

Pemuda PN mengecam keras terhadap kenyataan terkutuk itu dan menyifatkan ia sebagai satu pembohongan besar demi menutup kegagalan mereka mentadbir negara.