• Wed. Jun 7th, 2023

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Penamaan calon 5 November, pengundian 19 November

Oct 20, 2022
Spread the love

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan 5 November ini sebagai tarikh penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), manakala tarikh mengundi pula pada 19 November.

Perkara itu dimaklumkan Pengerusinya, Tan Sri Abdul Ghani Salleh dalam sidang media sebentar tadi.

Pada 10 Oktober lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Parlimen ke-14 dibubarkan untuk memberi laluan kepada PRU15.