• Mon. Sep 9th, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Penarikan tauliah Ustaz Dusuki: Mahkamah batal keputusan MAIS

Oct 5, 2023
Spread the love

SHAH ALAM, 10 OKT – Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani mencabar keputusan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) perihal penarikan tauliah pada bulan Mac 2022.

Perbicaraan telah dijalankan pada 12 Jun 2023 yang dikendalikan oleh peguam Mohd Jamil Yaacob dari Tetuan Srihana Mohamad & Partners.

Di dalam perbicaraan tersebut Ustaz Ahmad Dusuki memohon antara lainnya satu perintah agar certiorari diberikan ke atas keputusan penarikan balik tauliah beliau.

Hakim Mahkamah Shah Alam yang mendengar kes tersebut iaitu YA Dr Shahnaz Sulaiman yang memberikan keputusan pada hari ini membenarkan permohonan tersebut dan memutuskan bahawa terdapat ketidakpatuhan prosedur oleh MAIS dan Jawatankuasa Tauliah Negeri Selangor dalam membatalkan tauliah penceramah terkemuka Ustaz Ahmad Dusuki bin Abd Rani.

Oleh itu, surat penarikan balik tauliah beliau adalah dibatalkan.