KLANG, 13 DISEMBER 2022 – Semakin kerap kawasan ini dilanda banjir kilat setiap kali hujan.
Semalam hujan turun berterusan selama 2 jam telah mengakibatkan banjir di sekitar Bandar Bukit Raja sehingga menyebabkan penduduk di situ kecewa.
“Kami bukan minta wang, cuma selesaikan masalah kami termasuk selenggara sistem perparitan dengan sempurna,” kata seorang penduduk yang admin temui malam tadi.
Presiden bagi penduduk Bandar Bukit Raja, Encik Zulkifli Othman turut meluahkan kekecewaan di laman sosial berserta beberapa gambar-gambar dan video.
“Secebis luahan rasa kekecewaan di setiap kali musibah hujan lebat tanpa henti selama 2jam ini lah yg akan berlaku di dlm komuniti penduduk Bdr Bukit raja.
Keluhan serta rungutan penduduk kepada saya bila mna acap kali datangnya hujan lebat..
Oleh yang demikian saya memohon serta menyeru kepada pihak yang bertanggungjawab bagaimana dan apa jua bentuk tindakan yg perlu di ambil agar perkara yang tersebut tidak lagi berulang2.
Kepada pihak AM/MPK/JPS/MP Klang/SD Property saya merayu agar tindakan segera dapat di ambil..
Nota..
Penduduk tidak lg mahu sejarah berulang kembali seperti mna yg telah berlaku pada tanggal 18/12/2021 – 21/12/2021..
Sekian Dari Saya
Presiden
G5PBBR