PENDUDUK PADANG JAWA HIDUP SENGSARA SEKIAN LAMA TERPAKSA HIDU ASAP SETIAP HARI. AHLI PARLIMEN SHAH ALAM BUAT APA?
Rungutan penduduk yang terpaksa menghidu asap pembakaran sampah setiap hari untuk sekian lamanya di Padang Jawa tidak diendahkan langsung oleh pihak berwajib walaupun banyak kali aduan dikemukakan termasuklah kepada Ahli Parlimen Shah Alam sendiri.
Segala aduan kepada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Ahli Parlimen Shah Alam seperti dibakul sampahkan begitu sahaja.
Mendapat khabar bahawa aktiviti pembakaran sampah oleh pihak yang tidak bertanggung jawab secara terbuka ini sudah berlaku berbulan-bulan lamanya.
Penduduk di Padang Jawa, Seksyen 17 dan sekitar kawasan perumahan yang berhampiran menjadi mangsa sikap tidak bertanggung jawab ini termasuklah sikap endah tak endah dan acuh tak acuh aduan rakyat kepada MBSA dan Ahli Parlimen Shah Alam.
Mohon supaya MBSA, Ahli Parlimen Shah Alam, Ahli Majlis MBSA yang berkaitan agar segera ambil tindakan sewajarnya. Jangan sampai ada kemalangan jiwa berlaku angkara menghidup asap terutamanya kalangan kanak-kanak dan penghidap sakit lelah dan asma baru nak bertindak.
Lajnah Penerangan & Media Baharu
PAS Kawasan Shah Alam