• Sun. Jun 4th, 2023

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Pengamal media berkumpul di depan PMO sejak pagi tadi

Oct 10, 2022
Spread the love

Dilaporkan pengamal media tempatan mulai berkumpul di hadapan pintu-pintu masuk PMO seawal jam 8 pagi bagi mendapatkan perkembangan terkini situasi politik tanah air.

Menerusi laporan media, pintu protokol yang menjadi laluan utama Perdana Menteri dibuka meskipun hari ini adalah cuti umum.

Difahamkan, Perdana Menteri tidak mempunyai sebarang tugasan rasmi pada sebelah pagi namun beliau akan menghadiri perhimpunan Agung MIC ke-76 jam 2.30 petang di Kuala Lumpur.

Semalam, Ismail Sabri dilaporkan menghadap Yang di-Pertuan Agong, di Istana Negara yang dipercayai berkaitan dengan mendapat perkenan baginda berhubung pembubaran Parlimen.

Kunjungan Perdana Menteri itu bagaimanapun tidak diketahui media yang biasanya berkumpul di luar pintu utama istana.

Yang di-Pertuan Agong berangkat ke London, malam tadi bagi mengadakan lawatan khas ke United Kingdom yang bermula hari ini hingga 16 Oktober.