SHAH ALAM, 23 JANUARI 2022 –
[ MAJLIS MERAIKAN SUKARELAWAN KHIDMAT MALAYSIA PAHANG ]
Alhamdulillah, saya berkesempatan pada hari ini bersama pasukan Khidmat Malaysia dalam Majlis Meraikan Sukarelawan Khidmat Malaysia Negeri Pahang di Along Patin Station.
Sebagai Pengerusi Khidmat Malaysia, saya rasa bertanggungjawab memastikan para sukarelawan terutamanya Khidmat Malaysia menguasai kemahiran menyelamat sewaktu bencana seperti bencana banjir yang berlaku baru-baru ini.
Hikmah bencana banjir yang berlaku mengajarkan kita agar lebih peka akan keadaan sekeliling. Ia juga memberi pengajaran dan ilmu yang bermakna kepada para sukarelawan agar sentiasa berada dalam keadaan siap siaga membantu mereka yang memerlukan.
Besar harapan saya agar Khidmat Malaysia mampu bergerak seiring bersama agensi & jabatan kerajaan dalam misi-misi bencana.