• Sun. Feb 25th, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Penjawat awam bukan seteru politik pemimpin Kerajaan

Jul 8, 2023
Spread the love

KAKITANGAN awam merupakan penjawat yang setia berkhidmat untuk negara walaupun siapa juga pemerintah. Sedangkan parti politik pula merupakan penentu dasar yang dipilih 5 tahun sekali.

Tidak ada manfaat melemparkan tuduhan rambang kepada penjawat awam, lagi-lagi dari orang nombor 2 negara. Ia hanya akan membina persepsi buruk kepada Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri perlu lebih matang dalam menggunakan kata-kata. Hubungan baik di antara penjawat awam dan parti pemerintah merupakan perkara penting untuk Malaysia bergerak ke hadapan.

Memusuhi penjawat awam dengan melakukan tuduhan rambang perkara paling dungu yang pernah saya lihat. Kamu sedang berada di puncak kuasa, ambillah tindakan kepada pesalah. Bukan bercerita di kedai-kedai kopi mengenai salah laku. Rasa jeluok melihat kenyataan-kenyataan sebegini keluar dari mulut Timbalan Perdana Menteri.

Tahniah kepada semua penjawat awam yang selalu ada untuk berkhidmat kepada negara.

USTAZ AIREROSHAIRI ROSLAN
Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Krau