• Fri. Feb 23rd, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Penjualan arak di Kedah hanya di lokasi non-Muslim

Jan 11, 2023
Spread the love

Kedah berusaha mengawal penjualan arak di kawasan yang didiami penduduk bukan Islam berdasar keperluan mereka.

Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, penjualan arak di kawasan didiami penduduk bukan Islam sahaja melalui premis-premis yang dibenarkan.

“Orang bukan Islam diberi kebenaran untuk minum arak tetapi ia tidak boleh dijual secara terbuka di tempat-tempat lain seperti di kampung-kampung.

“Kerajaan negeri komited menghadkan penjualan minuman keras serta memastikan penjualannya tidak melebihi keperluan,” katanya di sini.

Perkara itu pernah dimaklumkan Menteri Besar pada November 2021 seiring keputusan menghentikan operasi premis judi di Kedah yang bermula 1 Januari 2023.

Sanusi berkata, langkah itu untuk untuk menjaga keharmonian masyarakat pelbagai kaum, dan dalam masa yang sama tidak menafikan hak orang bukan Islam untuk minum arak.

“Saya mahu orang ramai terkawal daripada perkara seumpama itu seperti mabuk. Tapi sebaiknya tak payahlah minum walaupun tiada larangan kepada non Muslim kerana alkohol tetap tidak baik,” katanya.

Menurutnya juga Singapura antara negara yang tegas mengenai penggunaan minuman keras.

Beliau juga menjelaskan penjualan arak di pulau bebas cukai Langkawi bukan di bawah bidang kuasa kerajaan negeri, sebaliknya tanggungjawab Kementerian Kewangan.

Kelantan hampir 30 tahun menghadkan penjualan arak, di mana lesen premis diberi kedai-kedai tertentu yang tidak membenarkan kehadiran orang Islam. – HARAKAHDAILY 10/1/2023