PENJUALAN kad Touch ‘n GO digantung sementara pada 30 Disember ini di semua stesen Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT), monorel dan kaunter pendaftaran kad konsesi Pasar Seni.
Rapid KL menerusi satu kenyataan berkata, ini berikutan aktiviti pengiraan stok hujung tahun.
“Penggantungan sementara penjualan kad Touch ‘n GO pada 30 Disember ini di semua stesen LRT, MRT, monorel kaunter pendaftaran kad konsesi Pasar Seni.
“Transaksi lain seperti tambah nilai dan memperbaharui produk operasi seperti biasa,” katanya.
Rapid KL menawarkan Pas Perjalanan Tanpa Had selama 30 hari My50 di semua stesen LRT, MRT, monorel, BRT, dan hab-hab bas terpilih.