• Fri. Jun 2nd, 2023

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Penyokong PN banjiri SPRM, beri sokongan buat Muhyiddin

Mar 9, 2023
Spread the love

Penyokong bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mula berkumpul di hadapan Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, sejak 9 pagi tadi bagi memberi sokongan kepada Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu.

Turut kelihatan Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Seri Saifuddin Abdullah, Ahli Parlimen Ketereh, Datuk Khlir Mohd Nor serta Setiausaha Kerja Bersatu, Datuk Muhammad Suhaimai Yahya.

Kebanyakan penyokong yang hadir memakai baju putih tertera gambar wajah Muhyiddin sebagai tanda solidariti kepada Ahli Parlimen Pagoh itu.

Ketika ini, keadaan agak terkawal dan beberapa anggota polis dilihat membantu mengawal aliran trafik dan penyokong yang hadir.

Pada masa sama, lebih 50 pengamal media turut hadir membuat liputan di hadapan bangunan SPRM itu.

Sebelum ini, beberapa media dan portal berita melaporkan bahwa Muhyiddin mungkin ditahan dan didakwa SPRM dalam masa terdekat.

Difahamkan, pertuduhan akan dikenakan terhadap pemimpin parti itu dipercayai berkaitan siasatan berterusan SPRM terhadap dakwaan penyalahgunaan dana kerajaan. – KOSMO! ONLINE