• Sun. Jan 26th, 2025

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Perak rangkul tempat pertama Pavilion terbaik di MAHA 2022

Aug 16, 2022 , ,
Spread the love

SERDANG, 16 OGOS 2022 – Pengerusi Jawatankuasa Induk MAHA negeri Perak YB Tuan Hj Razman Zakaria meraikan petugas Pavilion bertempat di restoran ‘House of Kambing’. Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada semua petugas yang telah bertungkus-lumus menjayakan penyertaan Perak dalam Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia 2022 (MAHA).

Keputusan akhir setelah tamatnya pameran yang berlangsung selama 11 hari bermula 4 hingga 14 Ogos 2022 Perak telah diisytiharkan sebagai juara sekali gus memenangi Pavilion terbaik buat kali ke 5 berturut-turut.

Dengan kemenangan itu kerajaan negeri telah menerima Anugerah dan wang tunai bernilai RM 7000 yang disampaikan oleh YB Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

Tempat kedua pula dimenangi oleh negeri Selangor yang membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM5000 manakala tempat ketiga dimenangi oleh negeri Kedah dengan hadiah tunai bernilai RM3000.

Dalam perkembangan sama YB Menteri berkata, MAHA 2022 pada kali ini berjaya menarik lebih 1.4 juta pengunjung iaitu 1.2 juta pengunjung secara fizikal dan 266 ribu pengunjung secara maya.

Selain itu MAHA kali ini juga telah mencatatkan jualan paling tinggi iaitu lebih RM260 juta merangkumi jualan langsung, jualan dalam talian serta padanan perniagaan melibatkan lapan syarikat pemasar dari luar negara, jelasnya ketika berucap dalam majlis penutup MAHA 2022 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini.