• Mon. Dec 9th, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Perarakan LGBT Madani: Mana pendirian Kerajaan Anwar?

Mar 14, 2023
Spread the love

Berhubung perarakan Himpunan Hari Wanita yang dicemari dengan sokongan kecenderungan atas budaya songsang LGBTQ yang berlangsung di sekitar SOGO, Kuala Lumpur semalam (12 Mac 2023), atas keprihatinan selaku warga Malaysia yang berpegang kepada nilai murni pembangunan negara bangsa seperti yang termaktub dalam Rukun Negara sebegitu menerusi Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Adalah menjadi persoalan khususnya atas pendirian kerajaan Malaysia di bawah PH-BN berhubung himpunan ini. Apa yang pasti, sudah melepasi tempoh 24 jam himpunan ini berlangsung, namun didapati tiada sebarang pendirian yang diambil pihak kerajaan yang seakannya begitu ’rahmah’ dan bertoleransi dengan budaya songsang ini tanpa sebarang kecaman secara rasmi. Adakah kerajaan bersetuju dengan amalan songsang yang dituntut kelompok LGBTQ ini yang jelas bercanggah dengan asas budaya bangsa Malaysia?

Adalah amat berbeza sekali jika dinilai sewaktu berlangsungnya ‘Cosplay’ yang dikaitkan dengan PAS baru-baru ini. Ada kenyataan rasmi dari Menteri Agama, Dato’ Setia Dr. Na’im menyatakan tentang kerisauan yang mampu menggugat perpaduan dan ”beri gambaran tidak baik kepada agama Islam dan negara”. Justeru persoalan dilontarkan dengan memetik pernyataan yang sama dihujahkan, mana kenyataan rasmi Menteri Agama berhubung isu himpunan LGBTQ ini dan adakah ianya tidak mencemar imej negara dan Islam?

Dalam kejadian ‘Cosplay’ yang dijalankan dalam memperingati para mujahid Islam terdahulu, begitu banyak kecaman dari ahli dan pendokong parti kerajaan dalam kalangan PH utamanya! Namun kini mana sanggahan dari mereka dalam isu himpunan LGBTQ? Malah berdasarkan laporan Malaysia Kini menyatakan bahawa terdapat ahli politik yang turut serta dalam himpunan tersebut! Siapa? Adakah mereka yang pro kepada kerajaan Madani? Mana kecaman ke atas ahli politik tersebut!?

Armada, Bersatu sebegitu Perikatan Nasional mengecam sepenuhnya pendekatan sebegitu menolak toleransi dalam hal yang bercanggah dengan agama dan nilai dalam dasar negara. Kesopanan dan Kesusilaan wajar dijulang. Saya malah amat bersetuju perihal pemerkasaan atau emansipasi wanita sebegitu menolak budaya patriarki! Namun tiada toleransi dalam membudayakan agenda LGBTQ! Kelompok ini seharusnya dibimbing dengan kesedaran bukan semata atas faktor agama, sebegitu atas faktor psikologi dan sains.

Apa yang tambah menjadi kekecewaan adalah apabila kelompok ini begitu berani mengecam pihak berkuasa khususnya PDRM. Sewajarnya Menteri KDN, Saifuddin Nasution Ismail perlu mengambil langkah lebih proaktif atas peranan PDRM dalam memartabat kedaulatan undang-undang negara termasuk menyelar kecaman golongan yang tampaknya dilatari oleh ahli politik agar menghormati kedudukan PDRM.

Mohd Ashraf Mustaqim
Ketua Penerangan Armada Bersatu
Timbalan Ketua Penerangan Pemuda PN