• Sun. Jun 4th, 2023

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Perikatan Nasional serah SD cukup majoriti 112 ahli Parlimen

Nov 21, 2022
Spread the love

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, SD tersebut adalah daripada ahli-ahli Dewan Rakyat yang memberikan kepercayaan kepada Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menjadi Perdana Menteri ke-10. 

“PN telah mengemukakan SD daripada ahli-ahli Dewan Rakyat yang memberikan kepercayaan kepada Muhyiddin, Ahli Parlimen Pagoh untuk dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10 oleh Yang di-Pertuan Agong. 

“Jumlah surat akuan yang dihantar adalah melebihi 112 iaiatu jumlah kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat yang diperlukan untuk pelantikan Perdana Menteri di bawah Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.