• Tue. Apr 29th, 2025

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Perkhidmatan Maybank tergendala Sabtu, Ahad ini

May 19, 2023
Spread the love

SHAH ALAM – Beberapa perkhidmatan perbankan Maybank akan tergendala dari jam 12 tengah malam hingga 7 pagi pada Sabtu dan Ahad susulan penyelenggaran sistem tersebut minggu ini.

Maybank dalam satu kenyataan memaklumkan antara perkhidmatan terlibat adalah mesin juruwang automatik (ATM), terminal layan diri, Maybank2U dan perbankan dalam talian.

“Kami memohon maaf di atas kesulitan yang berlaku dan menghargai kefahaman anda.

“Sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian khidmat pelanggan Maybank 1-300-88-6688 jika anda di Malaysia, atau 603-78443696 bagi luar negara,” kata Maybank dalam kenyataan pada Jumaat.