• Fri. Feb 23rd, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Petisyen pengampunan Najib, 135,000 bantah, 7,000 sokong

Apr 8, 2023
Spread the love

KUALA LUMPUR – Dua petisyen dilancarkan berhubung Pengampunan Diraja untuk membebas dan melepaskan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Petisyen berkenaan dilancarkan di platform change.org. itu adalah “Petisyen kepada KDYMM Yang di-Pertuan Agong: Najib Tidak Wajar Diampunkan” digerakkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) dan “Bebaskan Najib Razak Melalui Pengampunan Diraja” digerakkan individu bernama Ariff Lias.

Tinjauan Awani ke laman berkenaan sehingga jam 11 pagi menunjukkan “Petisyen kepada KDYMM Yang di-Pertuan Agong: Najib Tidak Wajar Diampunkan” mendapat jumlah tandatangan terbanyak iaitu 135,643.

Ia sekali gus menghampiri sasaran sebanyak 150,000 tandatangan diraih sejak dilancarkan pada Sabtu.

Sementara itu, petisyen “Bebaskan Najib Razak Melalui Pengampunan Diraja” hanya mencatatkan 7,743 dengan sasaran sebanyak 10,000 tandatangan.

Kedua-dua petisyen memberi penjelasan tersendiri berhubung Pengampuan Diraja berkenaan.