Petugas media dilihat mula berkumpul di luar pintu masuk Penjara Sungai Buloh.
Ia selepas Mahkamah Persekutuan memutuskan menolak rayuan Najib Razak dan mengekalkan sabitan dan hukuman ke atasnya.
Najib dijangka dihantar ke sini untuk menjalani hukuman penjara 12 tahun yang bermula hari ini.
Tidak lama kemudian, sejumlah pegawai penjara mula berkumpul di bilik pengawal keselamatan di pintu masuk penjara.