• Mon. Dec 9th, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

PH-BN buntu calarkan imej Sanusi

Jun 15, 2023
Spread the love

War Room PHBN di peringkat Pusat telah mengadakan retreat selama 2 hari. Banyak agenda dibincangkan untuk hadapi PRN 6 Negeri.

2 isu besar yang dibincangkan secara mendalam, hasil dapatan risikan PHBN sukar untuk bertahan di Negeri Sembilan dan Selangor. Pulau Pinang, walaupun PHBN boleh menang tetapi terpaksa hadapi pembangkang yang kuat apabila PN dijangka menang di kesemua kerusi majoriti Melayu.

Isu kedua ialah ‘aura Sanusi’ di kalangan pengundi Melayu. Dapatan dari kajian dibuat, Sanusi sudah jadi figura besar peringkat nasional dan berjaya menguasai trending medsos. Ia ancaman besar (bagi PHBN) khususnya di kalangan pengundi muda.

Kumpulan permukiman PHBN memutuskan satu agenda khusus mesti dibuat untuk ‘membunuh’ karektor Sanusi. Lalu dalam perbincangan, mereka menyusun naratif untuk hadapi Sanusi. Antara yang disenaraikan untuk dilakukan:

1) Cipta plot kononnya Sanusi ditolak istana.

2) Korek cerita2 negatif Sanusi, sekalipun kalau dia berhutang dengan sesiapa.

3) Tun Mahathir berunding dengan Tok Guru Abd Hadi mahu Mukhriz jadi MB Kedah.

4) PAS Pusat tak bersetuju sikap Sanusi.

5) Eksploit isu PAS Kedah gerakkan himpunan ‘Solidarity4Sanusi’ kononnya untuk pertahankan Sanusi (beberapa lagi cadangan lain).

Peserta-peserta retreat diingatkan supaya bersungguh-sungguh membawa naratif yang dirancang dan berpegang dengan falsafah Joseph Goebbel iaitu “bohong yang diulang-ulang akan dipercayai orang ramai.”

Sekarang naratif yang dibuat PHBN itu sedang berjalan. Sebelum mereka berjaya menghabiskan konspirasi jahat memburukkan Sanusi. Elok semuanya dijawab siap2 supaya kalangan netizens yang kurang mendalami ilmu politik tidak tertipu dengan propaganda PHBN.

1) Hubungan DYMM Sultan Kedah dengan MB Sanusi sangat baik. Tradisi istana Kedah tidak pernah terbabit percaturan politik mana-mana pihak. Sebab itu Sultan Kedah tetap melantik Sanusi swakili Kedah dalam Majlis Kewangan Negara sekalipun tidak disukai PMX.

2) Korek cerita negatif tu perangai lalat yang suka cari sampah busuk. Kalau BNPH jumpa sila bawak mai, kita boleh jelaskan pada rakyat aya yang sebenarnya.

3) Calon MB mesti dari PN. Mukhriz dari Pejuang yang ditolak dari sertai PN, mana mungkin jadi calon MB pulak. Presiden PAS dan Tun bekerjasama untuk tegakkan kekuatan Melayu/Islam di negara ini, tak bincang pun agenda siapa MB Kedah.

4) PAS Pusat mana yang tak setuju dengan Sanusi tu? Ini lawak. Nak reka fitnah pun biarlah logik. PAS Pusat yang angkat Sanusi jadi MB dan Pengarah Pilihanraya. Ini PASlah, parti yang solid, bukan macam PH atau BN yang bercakaran sesama sendiri.

5) Tidak pernah ada anjuran himpunan Solidariti4Sanusi oleh mana-mana pihak dalam PAS. Kalau himpunan Sanusi berceramah memang sentiasa ada sebab aura Sanusi ‘power giler’ boleh tarik crowd. Itu yang ditakuti BNPH. “Solidarity4Sanusi” itu adalah tagline yang diwujudkan netizens dalam media sosial selepas terdapat ura-ura pihak tertentu mahu mendakwa Sanusi ekoran dakwaan berdasarkan sejarah bahawa Pulau Pinang adalah milik Kedah.

Semoga War Room PHBN dapat mencari alternatif lain dalam hadapi kebuntuan untuk mencalarkan imej MB Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor. Selamat mencoba.