- November 2022 menyaksikan Zahid mengkhianati ahli UMNO secara terang-terangan apabila terwujudnya kerajaan Anwar-Zahid. Rentetan itu, BN yang sebelum ini adalah pembangkang di Selangor telah menjadi sebahagian daripada kerajaan hasil pengkhianatan Zahid ini.
- Secara tradisinya, parti yang memerintah akan mengisi jawatan-jawatan penting dalam kerajaan seperti Ahli Majlis mahupun ketua kampung. Namun agak mengejutkan, sewaktu pengumuman pelantikan ahli majlis sesi 2023, tiada lantikan untuk Barisan Nasional.
- Daripada 272 orang yang dilantik menjawat jawatan Ahli Majlis untuk tempoh 1 Januari hingga 31 Disember 2023, seramai 116 orang daripada PKR, 97 orang daripada DAP, dan 59 orang daripada Amanah. Mengapa BN tiada dalam senarai?
- Barisan Nasional perlu bermuhasabah bahawa Pakatan Harapan sebenarnya tidak memerlukan BN dalam kerajaan. Penerimaan BN menjadi sebahagian kerajaan Selangor hanyalah untuk menjaga hati Zahid yang sudi mengkhianati partinya sendiri.
- Sedarlah wahai UMNO, inilah masanya untuk bersama-bersama menyokong Perikatan Nasional demi membentuk Selangor sebagai sebuah negeri yang lebih maju dan berdaya saing
- Rakyat perlukan masa hadapan yang lebih baik, dan penyelesaiannya itu ada pada Perikatan Nasional.
Ayuh! Undilah PERIKATAN NASIONAL.
Media Penerangan
Perikatan Nasional Selangor