• Fri. Jun 2nd, 2023

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Pilihanraya adalah peperangan – Razman Zakaria

Oct 27, 2022
Spread the love

TAIPING, 26/10/2022- Pesuruhjaya PAS Perak Tuan Haji Razman Zakaria hadir merasmikan ‘Majlis Makan Malam PERIKATAN NASIONAL Taiping di hotel Taiping Perdana pada Rabu.

Dalam ucapannya beliau menekankan pentingnya mengundi di mana ianya menjadi fardhu ain kerana kesan daripada pengundian dalam pilihan raya adalah begitu besar dalam menentukan hala tuju negara.

Sekiranya di dalam peperangan bersenjata pihak yang menang akan merampas dan mentadbir sesebuah negara mengikut acuan yang dikehendaki maka begitulah juga pilihan raya.

Dengan kuasa yang diperolehi melalui kemenangan dalam pilihanraya maka pihak tersebut akan menetapkan dasar dan hala tuju pentadbiran menurut matlamat yang dikehendaki.

Justeru, setiap orang Islam adalah wajib menunaikan tanggungjawab mengundi agar pihak yang ingin menjalankan dasar pentadbiran mengikut acuan dan keadilan Islam mendapat kemenangan.

Seiring dengan itu ia turut menggagalkan usaha musuh Islam seperti golongan liberal, sekular dan seumpamanya merealisasikan hasrat mereka melalui kuasa yang diperolehi dalam pilihan raya.