• Fri. Feb 23rd, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Pisang goreng diiktiraf manisan paling sedap di dunia

Feb 19, 2023
Spread the love

Pisang goreng daripada Indonesia diiktiraf sebagai manisan bergoreng paling sedap di dunia selepas memungut markah 4.60 meninggalkan manisan daripada negara lain di belakangnya.

Menurut laporan yang dikeluarkan Tasteatlas, jumlah markah tersebut telah meletakkan manisan bergoreng negara itu di tangga teratas untuk kategori manisan bergoreng.

Pisang goreng dari Indonesia juga berjaya mengalahkan beberapa manisan terkenal lain seperti bomboloni (Itali), churros (Sepanyol) dan donat (Amerika Syarikat).

Bagaimanapun, laporan yang mengumpulkan 50 jenis makanan manisan bergoreng dari seluruh negara itu tidak menyenaraikan sebarang manisan atau makanan dari Malaysia dalam cartanya.

Sementara itu, roti canai daripada Malaysia berjaya meraih tempat kedua dalam kategori makanan jalanan terbaik di dunia dengan berkongsi markah 4.8 dengan tiga makanan jalanan daripada negara lain.

Menerusi laporan yang sama, makanan tradisi rakyat Malaysia itu juga meninggalkan makanan terkenal yang lain seperti bubur ayam (Indonesia), shawarma (Lubnan) dan pizza (Itali) di belakangnya. – KOSMO! ONLINE.