• Thu. Feb 6th, 2025

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

PKPB lanjutkan sehingga 14 Jan di KL, S’gor, Sabah dan beberapa kawasan

Dec 28, 2020 ,
Spread the love

Perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) di Kuala Lumpur, Selangor, Sabah dan beberapa kawasan di negeri lain dilanjutkan sehingga 14 Jan 2021, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob.

Keputusan itu dibuat oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini setelah Selangor dan Kuala Lumpur merekodkan lebih 43,000 kes Covid-19 dalam tempoh dua minggu lalu, iaitu dari 14 Dis hingga 27 Dis.

Bagi negeri lain, PKPB akan dilanjutkan di Mukim 12 Barat Daya dan Mukim 13, Daerah Timur Laut di Pulau Pinang; Ipoh dan Chemor di Perak; Seremban di Negeri Sembilan; Johor Bahru dan Batu Pahat di Johor.

Sementara itu, Ismail berkata PKPB di Port Dickson, Negeri Sembilan dan Kulai, Johor tamat hari ini.