KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membenarkan ahlinya yang menghadapi tekanan kewangan dibenarkan menggunakan simpanan mereka sebagai cagaran untuk membuat pinjaman bank.
Tegas beliau, cara ini adalah lebih baik berbanding membenarkan ahli KWSP mengeluarkan simpanan mereka secara terus.
“Saya cadang, perkenal kaedah, bagi permudah orang (ahli KWSP) yang terdesak, tetapi ada wang saya pastikan KWSP memberi ruang bagi pencarum terdesak, pinjam dari bank, dengan cagaran daripada caruman simpanan KWSP mereka, ini yang terbaik,” beliau berkata demikian semasa sesi Pergulungan Belanjawan 2023.
Menurut Datuk Seri Anwar, beliau tidak bersetuju untuk membenarkan rakyat mengeluarkan simpanan persaraan mereka.
Malah, beberapa negara seperti Peru, Australia dan Chile yang melaksanakan langkah sama semasa pandemik, telah menghentikan skim pengeluaran itu.
- Buletin TV3