Graf Google Trend mengukur tahap populariti sesuatu kata carian bagi satu tempoh masa tertentu.
Gambar yang dilampirkan menunjukkan perbandingan tiga perkataan mewakili tiga kumpulan parti terbesar yang bertanding dalam PRU 15 bagi tempoh 12 bulan ke belakang.
Graf populariti tiga parti ini dilihat berada pada paras yang sama sehinggalah seminggu sebelum PRU di mana dua kumpulan parti dilihat naik secara mendadak iaitu PERIKATAN dan PAKATAN, manakala kumpulan ketiga iaitu BARISAN kelihatan tertinggal separuh jalan di belakang.
.
Jika trend ini kekal sehingga ke hari pengundian, bermakna minat rakyat Malaysia kini hanya tertumpu samada kepada PERIKATAN atau HARAPAN. Buat masa ini PERIKATAN mendahului 6 mata di hadapan HARAPAN.